Saturday, October 23, 2010

Kanda-Dinda

KANDAku...
Kanda sebenarnya imam dan dinda makmummu kerana kanda adalah ketua. Jika kanda benar,maka benarlah. Kelebihanmu akal,manakala dinda kelebihan nafsu. Akalmu 9,nafsumu 1. Akalku 1,nafsuku 9. Oleh itu kanda, pimpinlah tanganku kerana jika kanda lalai,maka lalai lah dindaWahai kanda, kanda punyai dinda yang sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

KANDAku....
Ajari dinda agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah dinda supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan dinda dengan iman dan taqwa bekal ke jalan ALLAH. Ingatkan dinda supaya hormat,tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah dinda kanda agar dinda tidak beku. Bantulah dinda agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah dinda daripada seksa api neraka yang tidak tegar dinda tanggung. Pimpinlah dinda menuju nur al-jannah. Tarbiahlah dinda supaya kelak dinda calon srikandi solehah. Bantulah dinda dalam menyemai sifat mahmudah. Moga dinda dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khatijah, sezuhud dan sepatuh Rabi'atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa'diah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah ALLAH. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga dinda hiasan terindah hidupmu KANDAku......


Yang Ikhlas,
Dinda

No comments: